Innisfree (Sunblock, BB Cushion and Mask)



Hello blogger blogger,Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Malam. Seperti yang unnie post sebelum ni, unnie kata mesti update atleast time raya betul tak? Rasanya ada? Unnie ingat nak update awal tapi kesihatan tidak mengizinkan so raya keempat nak masuk raya kelima baru unnie boleh update. Raya okay okay je so so. Dah besarkan so tidak lah macam dulu. Sekadar sederhana sahaja raya. Unnie hari ni tak nak cerita pasal raya sebab everywhere mesti cerita pasal raya, baju berapa pasang, berapa jenis kuih, singgah rumah sedara beraya, berapa duit raya dapat (eceh dah besar dapat lagi keee hehe.

Okay, so pada raya keempat unnie dah rasa sihat boleh lah keluar pergi jalan jalan dengan kawan then beraya sekali dengan kawan. Macam dah lama tak shopping sebab sibuk, simpan niat je mampu...hari hari tengok barang online sebab takde masa nak keluar, sedihnya bila taip huhu. So pada hari ini.... unnie mengambil kesempatan beli yang unnie nak beli.Oh well bila lama tak shopping sekali keluar beli macam macam. Bukan dalam gambar ni je unnie beli ada yang lain hehehehehe. Humm ada rasa "banyaknya aku beli? MY GOD" tapiiiii bukan selalu kaaaann hihihihi.

Korang mesti tahu kan jenama Innisfree ni kan? Mana yang tak tahu tu... jenama ni dari Korea. You all know unnie kan..anything related to korea unnie mesti berminat. Sebelum ni unnie ada juga beli jenama Faceshop but Faceshop dah biasa kali ni unnie nak try Innisfree pula lepas ni nak try jenama Banila.Co pula hehe. So apa yang unnie beli di Innisfree? Oh sebelum tu unnie pergi Innisfree di Sunway Pyramid.

Unnie beli tidak lah banyak di Innisfree ni...sebab nanti lari budget pula kan. Unnie beli bb cushion, sunblock, dengan beberapa mask dia sahaja. Lain kali kalau okay dan sesuai dengan kulit unnie akan beli yang lain pula. So untuk Sunblock dia unnie pilih Daily UV Protection Cream No Sebum 35 SPF. Unnie dah try, not bad...boleh buat foundation sebab yang ni unnie pilih yang ada colour macam skin sikit sebab unnie fikir boleh guna sebagai foundation juga kan. Texture dia bila pakai rasa ringan, of course kulit still boleh bernafas bila pakai. Maksudnya texture dia tak berat dan pekat. Bau dia macam bau soft sikit macam bau product baby pun ada juga. Selain texture tidak berat, sunblock ni juga bila pakai dikulit muka cepat kering dan tidak berminyak, so selesa lah kalau nak pakai lama kat muka. Harga dia dalam RM37 macam tu tak silap unnie.

Lepas tu, unnie ada juga beli, BB Cushion Innisfree. Unnie pilih Natural Beige. Di Innisfree ni korang kena beli bb cushion dia asing dengan bekas dia. Maksudnya bb cushion dia harga lain, bekas dia harga lain. Tapi tidak lah mahal. BB Cushion dia range harga rm54 macam tu bekas dia RM36 sahaja...so kalau korang beli dua ni dapat lah free dia punya sponge yang boleh guna untuk bb cushion ni. Texture dia sama juga, ringan tidak berat. Coverage tidak banyak. Maksudnya kalau korang nak cover jerawat besar besar tidak sesuai lah sebab coverage dia sikit je, nipis sangat. Tapi bagus sebab dia bagi kuit kita bernafas. Bau dia...boleh tahan juga, ada bau macam liquid foundation yang biasa macam kat drugstore yang lain (WATSON, GUARDIAN, SASA, etc...). Long lasting tu, unnie rasa tidak kot sebab coverage dia nipis sahaja. Kalau muka jenis yang tidak banyak kesan nak di cover boleh lah guna bb cushion ni.

Mask takde dalam gambar ni, but unnie satu je kalau mask ni. Unnie akan pilih HONEY sahaja. Entah lah, mungkin sebab madukan elok untuk melembabkan kulit. Unnie pernah try lain tapi still unnie pilih madu. Dan elok juga pakai sebelum korang nak makeup sebab nanti korang punya makeup akan tahan lama dan juga cantik flawless gituu jika pakai mask sebelum korang makeup muka korang. Range harga mask RM4-RM15 keatas.

Comments

Popular posts from this blog

Dr.Ko Skin Specialist Review

Psoriasis atau Kulit Kuping

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser