The Body Shop: Vitamin E Hydrating Face Mist

Assalamualaikum semua, yesss akhirnya. Last unnie updated blog bulan June right? dah 2 bulan dah unnie tak updated blog. Fuh fuh fuh berhabuk dah blog hehe. Oooh yeah, esok merdeka 31 Ogos 2017,Selamat Hari Merdeka kepada semua yang bergelar rakyat Malaysia dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua muslim. Okay berbalik tadi, sorry unnie lama tak updated blog Syok Sendiri ni muehehehehe sebab sibuk bekerja dan sangat penat. Korang mesti curious unnie ni kerja apa sampai penat, takkan blog tak boleh nak updated kan...kerja biasa sahaja tapi kalau ada sedikit masa tu unnie gunakan untuk luangkan masa dengan family. Okay, so todaaayyy, unnie nak updated pasal produk The Body Shop: Vitamin E Hydrating Face Mist.



Produk ni unnie baru consume sebulan mungkin? macam korang tahukan, negara kita ni kan suam suam panas (eh, ye ke suam?hehe). Bagi kulit yang jenis kering unnie rasa sangat sesuai untuk pakai produk ni sebab dia bagi lembap kan kulit korang. Buat masa ni unnie pakai produk ni takde pula keluar jerawat pasir or yang jerawat besar. Yang bestnya dia ada contain rosewater. Ada bau sikit, tapi jangan risau bau dia tak kuat and semestinya wangi. Unnie rasa dia tak boleh hilangkan scar or whatever kesan yang ada kat muka. Just bagi moist kulit muka korang je.



Dan dan, unnie rasa ni paling best sebab unnie suka spray benda alah ni bila dah siap makeup kat muka, surprisingly produk ni boleh buatkan makeup tahan lama sikit and boleh buat kulit korang nampak fresh? walaupun makeup. Yang paling penting makeup boleh tahan lama sikit kalau spray ni, macam produk ni jadi dinding untuk melindungi makeup korang. Sangat best. Unnie suka, tak tahu kalau orang lain. Keberkesanan produk bergantung pada jenis kulit jugakan. Untuk kulit sensitive, korang boleh try...sebab unnie rasa dia takkan bagi kesan yang besar pada korang. Just bagi kulit muka korang moist moist gituuu.

Harga dalam RM50.00 gitu, mahal sedikit bagi size 100ml tapi bagi unnie sangat berbaloi sebab produk ni tak merosakkan kulit unnie...untuk kulit yang sihat why not kita beli produk yang betul betul yang kita tahu or well known product kan? unnie kalau boleh nak try elak guna produk re-branding, cukup lah.

Unnie ada lagi satu produk moisturizer yang sangat affordable beli dimana ia boleh didapati di drugstore tapi bukan semua drugstore, unnie rasa ada dalam kalangan korang dah lama guna tapi mungkin unnie yang baru discover? hehe. Unnie akan buat review pasal produk tu bila unnie dah pakai untuk beberapa minggu untuk lihat apa kesan dia kat muka.

Note: Unnie akan buat blogwalking lepas ni, thank you pada yang ada singgah or blogwalking ke blog unnie walaupun sedikit hambar blog Unnie ni. Thank you very much :)

Comments

Popular posts from this blog

Dr.Ko Skin Specialist Review

Psoriasis atau Kulit Kuping

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser